16 Mac 2025, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada tengah hari ini telah menyerahkan sumbangan wakaf Fisabilillah bernilai RM 50,000.00 yang telah disaksikan dihadapan DYTM Raja Muda Selangor ketika Majlis penyampaian sumbangan anak anak yatim Daerah Kuala Selangor di Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam.
“Menurut Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYTM Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli menerima menghadap dan juga menyaksikan penyerahan sumbangan Wakaf Fisabilillah ini”
“Wakaf Fisabilillah ini adalah wakaf orang ramai yang melazimi Ibadah Wakaf melalui PWS, dan PWS memanjangkan jariah pewakaf dengan membantu institusi yang memerlukan dalam bentuk aset”
“PWS menzahirkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada pewakaf yang telah melaksanakan Ibadah Wakaf ini, khususnya dalam bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadan.
“Dalam bulan yang mulia ini, juga adalah Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS menyeru kepada semua masyarakat khususnya di Negeri Selangor untuk melazimi Ibadah Wakaf merupakan satu amalan yang dituntutan dan menjamin ganjaran pahala yang berterusan.”
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments