KULIAH SUBUH KHAS RAMADHAN BERSAMA PWS SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

KULIAH SUBUH KHAS RAMADHAN BERSAMA PWS SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

22 Mac 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan Kuliah Wakaf di Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi bagi merancakkan Bulan Wakaf Negeri Selangor bertajuk “Hiasi Ramdhan dengan Berwakaf”.

Kuliah Subuh yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.

Bagi meraikan Ramadhan yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS sedang giat merancakkan Kuliah Khas ini untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri.

Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#bulanwakafselangor

#satuwakafsejutamanfaat

#surautamanserojabandarbarusalaktinggi

No Comments

Post A Comment