PWS MENYANTUNI AHLI KARIAH SERTA MENYEBARLUASKAN DAKWAH WAKAF DI SURAU SEROJA

PWS MENYANTUNI AHLI KARIAH SERTA MENYEBARLUASKAN DAKWAH WAKAF DI SURAU SEROJA

11 Februari 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Surau Seroja, Apartment Setia Alam telah mengadakan Tazkirah Maghrib bertajuk “Wakaf : Persediaan Sebelum Kematian”.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Bagi meraikan Bulan Sya’ban dan Ramadhan yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS sedang giat merancakkan Kuliah Khas ini untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri.

Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#bulanwakafselangor

#surauserojasetiaalam

No Comments

Post A Comment