22 Mac 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan “Hiasi Ramadhan dengan Berwakaf” menerusi Kuliah Terawih Khas di institusi agama di Selangor.
Kuliah yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar di Surau Asy-Syakirin, Setia Alam.
Program ini adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor bagi merancakkan lagi Bulan Wakaf Negeri Selangor.
Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments