PWS TERUS SEBARLUASKAN “HIASI RAMADHAN DENGAN BERWAKAF” DI INSTITUSI AGAMA DI SELANGOR

PWS TERUS SEBARLUASKAN “HIASI RAMADHAN DENGAN BERWAKAF” DI INSTITUSI AGAMA DI SELANGOR

22 Mac 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan “Hiasi Ramadhan dengan Berwakaf” menerusi Kuliah Terawih Khas di dua institusi agama di Selangor

 Kuliah yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil di Surau An-Nur,  Setia Eco Hill, Semenyih.

Program ini adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor bagi merancakkan lagi Bulan Wakaf Negeri Selangor.

Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#surauannursetiaecohill

No Comments

Post A Comment