PWS TERUS SEBARLUASKAN KULIAH TERAWIH KHAS KEPADA INSTITUSI AGAMA DI SELANGOR

PWS TERUS SEBARLUASKAN KULIAH TERAWIH KHAS KEPADA INSTITUSI AGAMA DI SELANGOR

18 Mac 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kuliah Terawih Khas kepada Institusi Agama di Selangor bertajuk “Hiasi Ramadhan dengan Berwakaf”. Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar di Surau Al-Falah Ijok, Kuala Selangor.

Bulan Ramadhan yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS terus giat dalam menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#bulanwakafselangor

#satuwakafsejutamanfaat

#suraualfalahijok

No Comments

Post A Comment