12 Februari 2025, Hulu Langat -Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 23,360.00 kepada SK Bandar Bukit Mahkota, Kajang.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Guru Besar serta disaksikan oleh guru-guru di SK berkenaan.
Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk pembelian dan pemasangan penyaman udara di sekolah tersebut.
Taklimat wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru di SK berkenaan.
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments