21 Mac 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 2,050.00 kepada Persatuan Penduduk Rumah Sesebuah dan Berkembar (RSSB) di Seksyen 7.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Harun, Pengerusi Persatuan serta disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS.
Sumbangan tersebut adalah untuk pembelian portable speaker dan wireless microphone untuk kegunaan Persatuan dan aktiviti setempat dikawasan tersebut.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada persatuan dan penduduk setempat dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments