Subang Jaya, 3 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin hari ini menziarahi mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.
Pengerusi MAIS juga berkesempatan menyapa dan menyantuni mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Masjid Putra Heights di sini.
Turut hadir bersama ialah YAD Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Orang Besar Daerah Petaling, YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengerusi MAIS merangkap Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan, YBrs. Ustaz Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor dan YBrs. Encik Zaharuddin bin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS.
Terdahulu YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS turut sama menziarahi mangsa kebakaran di sini.
#mais #menjunjungamanah #maisprihatin
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments