26 Mac 2025, Petaling Jaya – DYMM Sultan Selangor berkenan menerima sumbangan wakaf khas bernilai RM18,699,000.00 kepada Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah Denai Alam yang telah disempurnakan akad dihadapan DYMM Sultan Selangor dan merasmikan Masjid Wakaf tersebut ketika Majlis Ihya’ Ramadhan dan sumbangan Hari Raya pada tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, Multimedia & Science Management (MSU) melalui YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, President & Founder MSU telah menyerahkan cek cura berjumlah RM13,699,000.00 dan YBhg Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS berjumlah RM 5,000,000.00 kepada DYMM Sultan Selangor.
“Menurut Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli menerima menghadap dan juga menerima sumbangan wakaf khas yang telah diserahkan”.
“PWS menzahirkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada pewakaf yang telah melaksanakan Ibadah Wakaf ini, khususnya dalam bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan. Saya mengharapkan agar masyarakat di negeri Selangor yang lain dapat turut serta dalam berwakaf ini InsyaALLAH”.
“Dalam bulan yang mulia ini adalah Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS menyeru kepada semua masyarakat khususnya di Negeri Selangor untuk melazimi Ibadah Wakaf yang merupakan satu amalan yang dituntut dan menjamin ganjaran pahala yang berterusan.”
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan ahli kariah Masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunaikorporat
#wakafmembangunkanummah
#bulanwakafselangor
#satuwakafsejutamanfaat
#masjiddenaialam
No Comments