PWS MENGHADIRI MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN DAN IFTAR JAMAIE BERSAMA D.Y.T.M RAJA MUDA SELANGOR

PWS MENGHADIRI MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN DAN IFTAR JAMAIE BERSAMA D.Y.T.M RAJA MUDA SELANGOR

23 Mac 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri ke Majlis Tazkirah Ramadan dan Iftar Jamaie bersama D.Y.T.M Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor bertempat di Masjid Istana Diraja,  Istana Alam Shah anjuran Yayasan Raja Muda Selangor dan Selangor Youth Community (SAY).

PWS dijemput untuk membuka pameran dan kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemputan yang hadir melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code di majlis tazkirah tersebut yang di sampaikan oleh  Ustaz Muhammad Tarmizi bin Abdul Wahid, Presiden, Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS) bertajuk “Waqaf”.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#bulanwakafselangor

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment