9 Januari 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Rahman Putra untuk turut serta dalam Majlis Penyerahan Masjid Bukit Rahman Putra tengah hari tadi.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS serta menyaksikan penyerahan Masjid tersebut dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sampaikan oleh YBhg Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS kepada YBrs Tuan Rusham bin Mohd Samuri, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bukit Rahman Putra.
Masjid Bukit Rahman Putra ini adalah merupakan masjid wakaf khas yang dikelolai oleh PWS, masjid tersebut telah siap bagi pembinaan fasa satu dan masih lagi mengumpul dana wakaf bagi pembinaan fasa kedua.
Semoga dengan terbinanya Masjid Bukit Rahman Putra ini dapatlah memberi manfaat kepada jemaah dan ahli kariah serta mengalirnya jariah pewakaf-pewakaf yang berwakaf sehingga yaumulakhirah, InshaaAllah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments