PWS TERUS SEBARLUASKAN TAZKIRAH DAN KHUBAH JUMAAT KHAS KEPADA INSTITUSI AGAMA DI NEGERI SELANGOR SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

PWS TERUS SEBARLUASKAN TAZKIRAH DAN KHUBAH JUMAAT KHAS KEPADA INSTITUSI AGAMA DI NEGERI SELANGOR SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

7 Februari 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan wakaf melalui Tazkirah  dan Khutbah Jumaat Khas kepada institusi agama di negeri Selangor bersempena Bulan Wakaf Negeri Selangor.

Tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar di Masjid As Solihin, Padang Jawa Shah Alam bertajuk “Memperkasa Wakaf Membangun Umat”.

Bulan Sya’ban dan Ramadhan merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS sedang giat untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri. Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada jemaah dan ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#bulanwakafselangor

#masjidassolihinpadangjawa

No Comments

Post A Comment