PWS MENGADAKAN KULIAH ZOHOR KHAS SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

PWS MENGADAKAN KULIAH ZOHOR KHAS SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

18 Mac 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kuliah Zohor Khas di Masjid An Nur Temasya Glenmarie bertajuk “Hiasi Ramadhan dengan Berwakaf”. Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.

Kuliah Zohor ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf di Bulan Ramadhan ini yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#indahnyaberwakaf

#masjidannurtemasyaglenmarie

No Comments

Post A Comment