KULIAH SUBUH KHAS “INDAHNYA BERWAKAF” DI MASJID AL-MUSTAQIM

KULIAH SUBUH KHAS “INDAHNYA BERWAKAF” DI MASJID AL-MUSTAQIM

11 Februari 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan Kuliah Wakaf di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang bagi merancakkan Bulan Wakaf Negeri Selangor.

Kuliah Subuh yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.

Bagi meraikan Bulan  Sya’ban dan Ramadhan yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS sedang giat merancakkan Kuliah Khas ini untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri.

Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#bulanwakafselangor

#masjidalmustaqimampang

No Comments

Post A Comment