PWS TERUS SEBARLUASKAN DAKWAH WAKAF SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

PWS TERUS SEBARLUASKAN DAKWAH WAKAF SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

23 Februari 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Tazkirah Maghrib bertajuk “Wakaf : Persediaan Sebelum Kematian” di Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam, Bangi.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS.

Bagi meraikan Bulan Sya’ban dan Ramadhan yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS sedang giat merancakkan Kuliah Khas ini untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri.

Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#bulanwakafselangor

#satuwakafsejutamanfaat

#masjidalfalahsungairamaldalam

No Comments

Post A Comment