18 Mac 2025, HUlu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf bernilai RM 33,225.56 kepada Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Serahan cek cura telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Muhamad Sharil, Penolong Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh ahli jawatan kuasa masjid berkenaan.
Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk menaik taraf karpet ruang solat utama di masjid tersebut.
Selain itu, Kuliah Subuh khas juga turut diadakan di sini bertajuk “Hiasi Ramadhan dengan Berwakaf” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf sempena Bulan Wakaf Negeri Selangor.
Kaunter wakaf tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments