Perbadanan Wakaf Selangor juga menguruskan hartanah wakaf berbentuk lot tanah dan bangunan dalam salah satu Kategori Wakaf Khas.
Tanah dan bangunan wakaf tersebut akan disewakan dan mendapatkan pulangan yang kemudian dimanfaatkan untuk tujuan maslahat ummah.
Setakat tahun 2022, jumlah hartanah yang diuruskan oleh Perbadanan Wakaf Selangor adalah sebanyak 1,741 hektar dengan jumlah anggaran nilai sebanyak RM1.8 billion.
Taburan Projek Hartanah
1,655.14 EKAR (2011 - 2021)
0
EKAR
Jumlah Lot Hartanah pada tahun 2022 sahaja
0
EKAR
Jumlah Lot Hartanah bagi keseluruhan tahun 2011 – 2021
RM0
Billion
Anggaran Nilaian keseluruhan harga Hartanah yang dimiliki dalam Ringgit Malaysia (RM)
Hartanah Telah Dibangunkan dan Dimanfaatkan (2011 - 2021)
Perbadanan Wakaf Selangor mengendalikan beberapa hartanah wakaf dan aktif dalam proses membangunkan beberapa jenis hartanah untuk mengembangkan lagi manfaat wakaf. Berikut merupakan beberapa pelaburan hartanah yang dibangunkan mengikut kategori sosial, ekonomi dan pusat wakaf.
Sebagai usaha untuk mengembangkan asset wakaf, PWS sentiasa giat mencari peluang-peluang pelaburan yang sesuai serta selaras dengan hukum syarak agar perkembangan harta wakaf dapat dicapai dan seterusnya manfaatnya dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh Masyarakat.
PREMIS
Pada masa ini terdapat 10 buah premis yang dikendalikan oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
Lima Unit Kedai Pejabat Setingkat di Bandar Bukit Puchong, Puchong
Satu Unit Kedai Pejabat 3 Tingkat di Seksyen 7, Shah Alam
Satu Unit Kedai Pejabat Aras Bawah di Space U8 Bukit Jelutong, Shah Alam
Satu Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat Puncak Bestari, Puncak Alam
Satu Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat Hillpark Avenue Shah Alam
Satu Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat Alam Denai Cheras Kuala Lumpur
TANAH
Terdapat lot tanah seluas 27.0811 ekar tanah yang dikendalikan oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
GM 2368 Lot 4604 Mukim Dengkil, Daerah Sepang, berkeluasan 4.0698 ekar
GM 7062 Lot 59434 Mukim Dengkil, Daerah Sepang, berkeluasan 4.5096 ekar
GM 203 Lot 3798 Mukim Dengkil, Daerah Sepang, berkeluasan 4.6817 ekar
GM 734 Lot 4614 Mukim Dengkil, Daerah Sepang, berkeluasan 3.406 ekar
HSM 4396 Lot 8698 Mukim Dengkil, Daerah Sepang, berkeluasan 5.473 ekar
GM 4460 Lot 8698 Mukim Dengkil, Daerah Sepang, berkeluasan 4.944 ekar