25 Mac 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima sumbngan dari as-Salihin Trustee Berhad bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan wakaf bagi harta pusaka Allahyarham Hamdi bin Ahmad Khatidin.
Sumbangan dan serahan cek cura ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Aziz Peru Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Penyerahan ini dilaksanakan berdasarkan arahan dan persetujuan waris faraid Allahyarham yang telah melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Pusat Pentadbir Harta Pusaka Umat Islam.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat berpanjangan kepada umat Islam dan menjadi amal jariah kepada Allahyarham sehingga Yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments