PWS SUMBANG WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM41,500.00 KEPADA SK SUNGAI SERDANG

PWS SUMBANG WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM41,500.00 KEPADA SK SUNGAI SERDANG

10 April 2025, Klang -Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 41,500.00 kepada SK Sungai Serdang, Kapar.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS dan disambut mesra oleh Guru Besar di sekolah berkenaan.

Sumbangan tersebut adalah bertujuan menaik taraf surau di sekolah berkenaan untuk kegunaan guru-guru dan murid-murid untuk melaksanakan ibadah dengan selesa.

Taklimat ringkas  juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf sambil mengajak guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji dan autodebit.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga SK Sungai Serdang dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#sksungaiserdang

 

No Comments

Post A Comment