Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

WAKAF: WAKAFKAN KEPAKARAN ANDA UNTUK UMAT ISLAM SEJAGAT

Wakaf adalah instrumen ekonomi islam yang unik yang berfungsi untuk kebajikan (birr), kebaikan (ihsan) dan persaudaraan (ukhwah).  Kita sudah sedia maklum bahawa wakaf adalah menyerahkan hak milikan apa-apa harta atau kepakaran untuk  dinikmati manfaatnya kepada orang lain kerana Allah taala.

Wakaf boleh diberi daripada pelbagai segi antaranya mewakafkan harta pusaka, bangunan, kenderaan, saham, harta intelek, tunai, emas dan perkhidmatan. Wakaf perkhidmatan/kepakaran contohnya adalah kemahiran IT, kemahiran kontraktor/arkitek, dan apa-apa kepakaran atau kemahiran yang boleh diwakafkan. Dengan adanya wakaf seperti ini, ianya mampu memberikan impak yang besar terhadap ekonomi umat islam kerana segala ilmu dan kepakaran yang ada dapat dikongsi bersama. Supaya dapat menghasilkan produk dan aset wakaf yang bermanfaat buat umat islam sehingga akhir zaman. Seterusnya jariah dan pahala pewakaf sampai bila-bila. Kini, Perbadanan Wakaf Selangor ingin membuka peluang dan ruang kepada orang ramai untuk mewakafkan ilmu dan kemahiran yang ada untuk umat islam.

WAKAF: WAKAFKAN KEPAKARAN ANDA UNTUK UMAT ISLAM SEJAGAT

Wakaf adalah instrumen ekonomi Islam yang unik yang berfungsi untuk kebajikan (birr), kebaikan (ihsan) dan persaudaraan (ukhwah). Kita sudah sedia maklum bahawa Wakaf adalah menyerahkan hak milikan apa-apa harta atau kepakaran untuk  dinikmati manfaatnya kepada orang lain kerana Allah Taala.

Wakaf boleh diberi daripada pelbagai segi antaranya mewakafkan harta pusaka, bangunan, kenderaan, saham, harta intelek, tunai, emas dan perkhidmatan. Wakaf perkhidmatan/ kepakaran contohnya adalah kemahiran IT, kemahiran kontraktor/ arkitek, dan apa-apa kepakaran atau kemahiran yang boleh diwakafkan. Dengan adanya Wakaf seperti ini, ianya mampu memberikan impak yang besar terhadap ekonomi umat Islam kerana segala ilmu dan kepakaran yang ada dapat dikongsi bersama Supaya dapat menghasilkan produk dan aset Wakaf yang bermanfaat buat umat Islam sehingga akhir zaman. Seterusnya jariah dan pahala pewakaf sampai bila-bila. Kini, Perbadanan Wakaf Selangor ingin membuka peluang dan ruang kepada orang ramai untuk mewakafkan ilmu dan kemahiran yang ada untuk umat Islam.
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2017 yang bersidang pada 17 Oktober 2107 bersamaan 26 Muharram 1438H memutuskan bahawa:

Harus melaksanakan wakaf tunai sebagai harta wakaf dengan syarat-syarat berikut:
  1. Nilai asal wang yang diwakafkan hendaklah sentiasa dikembangkan dan meningkat;
  2. sebarang pembelian aset hendaklah menepati hukum syarak; dan
  3. Lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh PWS.

Objektif

  • Menyuburkan semula amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut oleh Islam;
  • Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat Islam untuk menyertai ibadah wakaf walaupun tanpa melibatkan aset kekal;
  • Memperluas dan memperbanyakkan lagi pegangan harta umat Islam, hasil kutipan wakaf tunai akan dijadikan modal untuk membangunkan harta-harta wakaf atau pembelian hartanah yang sedang/telah dibangunkan serta manfaatnya akan disalurkan untuk kebajikan dan pembangunan masyarakat Islam;
  • Usaha untuk menggalakkan masyarakat mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotensi untuk menggerakkan pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat Islam; dan
  • Menanam dan mendidik semangat bekerjasama antara umat Islam yang berteraskan konsep taa’wun dan ukhuwah Islamiah kerana dengan konsep persepakatan ini dapat membantu menggerakkan sosial dan ekonomi umat Islam.

Prosedur Penyertaan

  • Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan iaitu Borang Mewujudkan Saham Wakaf Selangor (Borang B1);
  • Penyertaan bermula dengan nilai Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja (RM10.00) dan tiada kadar maksimum ditetapkan. Penyertaan melalui cek hendaklah di atas nama 'Perbadanan Wakaf Selangor';
  • Penyertaan terbuka kepada seluruh masyarakat Islam dan juga syarikat korporat;
  • Penyertaan juga dibolehkan bagi pihak wakil atau mana-mana individu yang telah meninggal dunia mahu pun yang masih hidup.