Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2017 yang bersidang pada 17 Oktober 2107 bersamaan 26 Muharram 1438H memutuskan bahawa:

Harus melaksanakan wakaf tunai sebagai harta wakaf dengan syarat-syarat berikut:
  1. Nilai asal wang yang diwakafkan hendaklah sentiasa dikembangkan dan meningkat;
  2. sebarang pembelian aset hendaklah menepati hukum syarak; dan
  3. Lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh PWS.

Objektif

  • Menyuburkan semula amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut oleh Islam;
  • Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat Islam untuk menyertai ibadah wakaf walaupun tanpa melibatkan aset kekal;
  • Memperluas dan memperbanyakkan lagi pegangan harta umat Islam, hasil kutipan wakaf tunai akan dijadikan modal untuk membangunkan harta-harta wakaf atau pembelian hartanah yang sedang/telah dibangunkan serta manfaatnya akan disalurkan untuk kebajikan dan pembangunan masyarakat Islam;
  • Usaha untuk menggalakkan masyarakat mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotensi untuk menggerakkan pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat Islam; dan
  • Menanam dan mendidik semangat bekerjasama antara umat Islam yang berteraskan konsep taa’wun dan ukhuwah Islamiah kerana dengan konsep persepakatan ini dapat membantu menggerakkan sosial dan ekonomi umat Islam.

Prosedur Penyertaan

  • Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan iaitu Borang Mewujudkan Saham Wakaf Selangor (Borang B1);
  • Penyertaan bermula dengan nilai Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja (RM10.00) dan tiada kadar maksimum ditetapkan. Penyertaan melalui cek hendaklah di atas nama 'Perbadanan Wakaf Selangor';
  • Penyertaan terbuka kepada seluruh masyarakat Islam dan juga syarikat korporat;
  • Penyertaan juga dibolehkan bagi pihak wakil atau mana-mana individu yang telah meninggal dunia mahu pun yang masih hidup.