Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

PELABUHAN KLANG – Pada 19 Ogos 2019 telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Pembinaan Kompleks Anak Yatim di antara Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Central Spectrum (M) Sdn. Bhd.


PWS diwakili oleh YBhg. Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, YIDE diwakili oleh YBhg. Tuan Nur Mohd Razali Abdullah dan Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Tuan Mohamad Razif Abdul Wahab.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan berangkat menyaksikan majlis menandatangani MOU berkenaan.

Melalui MOU ini Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. bersetuju mewakafkan tanah seluas kira-kira 1.4 hektar (3.47 ekar) untuk pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah yang bernilai RM 10 juta.  Syarikat ini juga turut menyumbang sebanyak RM 5 juta untuk menampung kos pembinaan dan menjadi koordinator projek pembinaan tersebut.  Pembinaan kompleks ini dijangka siap pada tahun 2021.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi MAIS Y.A.D. Dato’ Setia Haji Muhammad Khusrin Munawi dan Pengerusi PWS Y.A.D. Dato’ Setia Ramli Mahmud.