Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

SHAH ALAM – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 10 Oktober 2018 di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.


Delegasi diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz selaku Penasihat Khas kepada Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertua MAIK. 

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman berkenaan pengurusan wakaf tunai di Selangor dan Kelantan. Dalam sesi lawatan kerja ini, delegasi MAIK telah dibawa melawat ke tapak projek perumahan yang dibangunkan oleh PWS melalui anak syarikat iaitu Urus Maju Ehsan (M) Sdn. Bhd. Selepas itu, delegasi MAIK dibawa melawat ke Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.