Soal Jawab Wakaf

Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

WAKAF: WAKAFKAN KEPAKARAN ANDA UNTUK UMAT ISLAM SEJAGAT

Wakaf adalah instrumen ekonomi Islam yang unik yang berfungsi untuk kebajikan (birr), kebaikan (ihsan) dan persaudaraan (ukhwah). Kita sudah sedia maklum bahawa Wakaf adalah menyerahkan hak milikan apa-apa harta atau kepakaran untukĀ  dinikmati manfaatnya kepada orang lain kerana Allah Taala.

Wakaf boleh diberi daripada pelbagai segi antaranya mewakafkan harta pusaka, bangunan, kenderaan, saham, harta intelek, tunai, emas dan perkhidmatan. Wakaf perkhidmatan/ kepakaran contohnya adalah kemahiran IT, kemahiran kontraktor/ arkitek, dan apa-apa kepakaran atau kemahiran yang boleh diwakafkan. Dengan adanya Wakaf seperti ini, ianya mampu memberikan impak yang besar terhadap ekonomi umat Islam kerana segala ilmu dan kepakaran yang ada dapat dikongsi bersama Supaya dapat menghasilkan produk dan aset Wakaf yang bermanfaat buat umat Islam sehingga akhir zaman. Seterusnya jariah dan pahala pewakaf sampai bila-bila. Kini, Perbadanan Wakaf Selangor ingin membuka peluang dan ruang kepada orang ramai untuk mewakafkan ilmu dan kemahiran yang ada untuk umat Islam.