Objektif

Membantu PWS dalam menjalankan fungsi dan mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dalaman dan tadbir urus.


Fungsi

  • Menyediakan Rancangan Tahunan Audit untuk makluman Ketua Pegawai Eksekutif dan dibentangkan dalam Mesyuarat jawatankuasa Audit untuk kelulusan;
  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem pengurusan kewangan dan kawalan dalaman;
  • Mengkaji tahap pematuhan terhadap prosedur dan peraturan berkaitan Saham Wakaf Selangor;
  • Mengkaji aktiviti / progran perbadanan diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Menyediakan surat penemuan audit untuk semakan Ketua Pegawai Eksekutif dan makluman auditi serta mengambil tindakan susulan terhadap penemuan audit;
  • Menyediakan Laporan Tahunan Audit untuk makluman Ketua Pegawai Eksekutif dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa untuk kelulusan; dan
  • Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengerusi.