Objektif

Menguruskan dan mengakauankan terimaan, bayaran, pelaburan dan menyediakan laporan kewangan mengikut standard piawaian yang diterima umum.


Fungsi

  1. Menguruskan penyediaan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan bagi:- 
    • Akaun Korporat PWS;
    • Akaun Saham Wakaf MAIS;
    • Akaun Manfaat Wakaf MAIS.

  2. Mengurus dan mengakaunkan terimaan:-
    • Kutipan Saham Wakaf Selangor;
    • Kutipan Sewaan Manfaat Wakaf MAIS;
    • Kutipan Hasil Korporat PWS;
    • Kutipan Akaun Wakaf Khas.

  3. Mengurus dan mengakaunkan bayaran:-
    • Akaun Korporat PWS;
    • Bayaran Akaun Saham Wakaf MAIS;
    • Bayaran Akaun Manfaat Wakaf MAIS;
    • Bayaran Akaun Wakaf Khas.

  4. Menyediakan penyata kewangan korporat PWS;
  5. Menguruskan penghantaran penyata kewangan akaun korporat ke pihak audit serta menjawab kuiri audit bagi dokumen – dokumen kewangan dibawah seliaan PWS;
  6. Menyediakan dan menghantar laporan-laporan kewangan kepada pihak MAIS berkaitan akaun wakaf dan manfaat wakaf dibawah kendalian secara bulanan, sukuan dan tahunan;
  7. Menguruskan pelaburan kewangan bagi akaun korporat PWS;
  8. Mengawal bajet tahunan dan aliran tunai Perbadanan Wakaf Selangor; dan
  9. Perkara-perkara lain yang berkaitan kewangan Perbadanan Wakaf Selangor.