Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

Prosedur Kutipan Saham Wakaf Selangor (Wakaf Khas) / Pembukaan Akaun Wakaf Khas

Prosedur Kutipan Saham Wakaf Selangor (Wakaf Khas) / Pembukaan Akaun Wakaf Khas merupakan kaedah untuk mengutip dana wakaf yang diberikan kebenaran dari pihak Perbadanan Wakaf Selangor bagi pembangunan dan pembinaan masjid dan surau yang tidak termasuk di dalam Rancangan Malaysia (RMK). Ini sepertimana yang telah diputuskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bahawa sebarang bentuk pembangunan aset kekal di Negeri Selangor yang tidak termasuk di dalam peruntukan RMK perlulah menggunakan prosedur kutipan wakaf khas. Prosedur ini juga boleh digunakan bagi pembinaan surau sekolah dan pembangunan sekolah-sekolah swasta.

Pihak yang telah diluluskan permohonannya untuk menggunakan prosedur wakaf khas ini akan dibekalkan dengan buku resit untuk membuat kutipan Saham Wakaf bagi projek yang telah dinyatakan dan yang telah diluluskan. Nilai bagi satu unit Saham Wakaf cuma RM 10 sahaja.

Keistimewaan penggunaan prosedur wakaf khas ini adalah pewakaf akan mendapat pengecualian cukai sebanyak 7% bagi individu dan 10% bagi syarikat.

Syarat-syarat Permohonan

  • Pihak yang membuat permohonan hendaklah memastikan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan tapak dan tanah bagi pembangunan telah selesai;
  • Menyediakan surat permohonan menggunakan prosedur kutipan wakaf khas;
  • Menyediakan kertas kerja yang lengkap;
  • Menyertakan di dalam kertas kerja tersebut surat kebenaran dari pihak JAIS, PBT dan surat sokongan lain yang berkaitan; dan
  • Pihak yang membuat permohonan hendaklah menamakan 5 individu sebagai ejen kutipan wakaf khas tersebut. Borang boleh didapati dalam laman sesawang rasmi PWS iaitu www.wakafselangor.gov.my. Borang-borang yang terlibat adalah seperti berikut:-
    a. Borang Permohonan Wakaf Khas; dan
    b. Borang Kuasa Menyedia dan Menandatangani resit (Borang G).

Tempoh Kebenaran Membuat Kutipan Wakaf Khas

  • Pihak yang telah diluluskan permohonannya diberi tempoh masa 6 bulan sahaja; dan
  • Tempoh kutipan boleh disambung melalui permohonan yang dikeluarkan dari pihak yang membuat kutipan.

Pengeluaran dan Tuntutan Dana Wakaf Khas

  • Tuntutan pengeluaran dana wakaf adalah dari pihak kontraktor; dan
  • Tuntutan adalah mengikut perkembangan projek.

Penutupan Akaun Wakaf Khas

  • Pihak yang membuat kutipan hendaklah membuat permohonan penutupan akaun wakaf khas dan pengeluran bagi terakhir dana wakaf tersebut kepada PWS; dan
  • Baki dana hendaklah digunakan hanya untuk binaan aset kekal sahaja setelah mendapat khidmat nasihat dari pihak PWS.


Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut sila hubungi:-
Ustaz Ibnu Hubain Bin Abdul Aziz
Eksekutif Pemasaran (Daerah)
di talian 03-5518 8001 samb.: 149
atau email: ibnu@wakafselangor.gov.my