Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

Kesenian boleh diertikan sebagai usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.
Pandangan Islam mengenai kesenian ajaran Islam meliputi hubungan manusia dengan Allah (hablun min Allah) dan hubungan manusia sesama manusia (hablun min al-nas).

Objektif

  • Menyeru masyarakat terutamanya golongan artis, penyanyi, pelakon, pengarah filem / drama, penulis lirik, pelukis atau mana-mana golongan dari industri seni untuk sama-sama menghayati dan mengamalkan ibadah wakaf;
  • Memberi alternatif kaedah berwakaf kepada pewakaf terutamanya golongan dari bidang seni; dan
  • Fokus utama program ini adalah untuk memperolehi semaksima mungkin kutipan Wakaf Seni di mana akan kemudiannya meningkatkan sumbangan tunai Saham Wakaf Selangor.

Kumpulan Sasaran

  • Penulis lirik dan pencipta lagu;
  • Penerbit filem, drama dan teater;
  • Artis-artis (Pelakon dan penyanyi) yang bernaung di bawah Persatuan seniman Malaysia;
  • Ahli Persatuan Pelukis Malaysia;
  • Ahli Persatuan Animasi Malaysia; dan lain-lain.

Prosedur Penyertaan

  • Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan iaitu Borang Mewujudkan Saham Wakaf Selangor (Borang B1);
  • Penyertaan bermula dengan nilai Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja (RM10.00) seunit dan tiada kadar maksimum ditetapkan. Penyertaan melalui cek hendaklah di atas nama 'Perbadanan Wakaf Selangor';
  • Penyertaan hendaklah di atas nama penggiat seni itu sendiri atau di atas nama syarikat; dan
  • Penyertaan juga dibolehkan bagi pihak wakil atau mana-mana individu yang telah meninggal dunia mahu pun yang masih hidup.