Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

Tujuan

  • Menyeru golongan swasta, korporat dan anak-anak syarikat milik kerajaan (GLC) untuk menghayati dan mengamalkan ibadah wakaf;
  • Menyeru golongan swasta, korporat dan GLC untuk bersama-sama menyumbang dalam pembangunan harta wakaf melalui hasil sumbangan wakaf yang diberikan;
  • Menjadikan golongan swasta dan korporat sebagai "ikon" umat Islam untuk terus menghidup suburkan amalan berwakaf; dan
  • Menjadikan instrumen wakaf salah satu daripada Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) kepada umat Islam.

Objektif

  • Menyeru golongan swasta dan korporat untuk menghayati dan mengamalkan ibadah wakaf agar sentiasa subur dalam jiwa umat Islam terutamanya di Negeri Selangor;
  • Memastikan ekonomi umat Islam khususnya melalui pendekatan berlandaskan konsep syariah terus dipertingkatkan dan dimajukan. Dengan cara ini insyaAllah ekonomi umat Islam dapat dipertingkatkan dan dapat melonjakkan imej umat Islam di mata dunia;
  • Menjadi pemangkin sumbangan Wakaf Tunai, golongan swasta dan korporat dilihat dapat menyelesaikan masalah kekurangan sumber pembiayaan kepada pembangunan tanah-tanah wakaf yang terbiar;
  • Mempercepatkan perkembangan Wakaf Tunai melalui sumbangan korporat agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan pewakaf; dan
  • Membantu pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan yang berasaskan kemasyarakatan seperti pendidikan, kesihatan, institusi agama dan proses menaikkan taraf hidup masyarakat.

Keistimewaan Menyertai

  • Sumbangan derma dikecualikan daripada Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.5621 No. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004). Bagi syarikat, pelepasan cukai adalah sebanyak (10%) yang ditolak daripada pendapatan agregat;
  • Sijil Penghargaan;
  • Plak Penghargaan;
  • Dijemput untuk menjadi tetamu VIP jika terdapat Program Rasmi;
  • Berita dan logo rasmi syarikat akan diselitkan ke dalam buletin dan laman web Perbadanan Wakaf Selangor (PWS); dan
  • Cenderahati daripada PWS.

Prosedur Penyertaan

  • Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan iaitu Borang Sahabat Korporat Perbadanan Wakaf Selangor;
  • Kadar Penyertaan Sahabat Korporat adalah mengikut keikhlasan dari pihak syarikat yang ingin menyertai Sahabat Korporat PWS;
  • Sumbangan boleh melalui cek di atas nama "Perbadanan Wakaf Selangor" dan dihantar ke alamat:

    Perbadanan Wakaf Selangor,
    Tingkat 10, Menara Selatan,
    Bangunan Sultan Idris Shah,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

    Tel: 03-5514 3758   Fax: 03-5514 3759
    Atau hubungi terus dengan:
    En. Norizam Bin Buang (012-2004237)