Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

Objektif

Memantapkan keupayaan organisasi dalam memperkasa tadbir urus serta mewujudkan pembudayaan kerja berasaskan teknologi maklumat disamping penerapan nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan organisasi.


Fungsi

Unit Sumber Manusia

  • Mengurus pengambilan dan pelantikan kakitangan PWS;
  • Mengurus pembayaran emolumen dan elaun kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarah PWS;
  • Mengurus hal ehwal tatatertib kakitangan;
  • Mengurus dan merancang latihan untuk kakitangan;
  • Mengurus hal ehwal berkaitan perkhidmatan di PWS; dan
  • Mengurus kebajikan kakitangan.

Unit Pentadbiran

  • Mengurus pelantikan Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Tetap PWS;
  • Mengurus perolehan PWS;
  • Mengawalselia kenderaan PWS;
  • Mengawal dan mentadbir pengurusan aset PWS;
  • Mengawalselia Stor Pejabat;
  • Mengurus hal ehwal berkaitan pentadbiran PWS; dan
  • Menjadi Urusetia Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PWS.

Unit Teknologi Maklumat

  • Merancang dan membangunkan laman web Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS;
  • Menyediakan prasarana dan infrastruktur teknologi maklumat untuk kemudahan Pegawai Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS serta memastikan sistem komputer berfungsi dengan lancar;
  • Merancang dan membuat kajian berkenaan penggunaan sistem aplikasi yang bersesuaian bagi memastikan kelancaran tugas Pegawai Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS; dan
  • Memberi perkhidmatan sokongan yang berkaitan teknologi maklumat kepada pegawai dan program anjuran Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS.