Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

Sejarah Penubuhan

  • Tanggal 30 Oktober 2009, DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya pihak MAIS menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) agar pengurusan wakaf dapat diperkasakan seperti pengurusan zakat;
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS Bil. 1/2010 yang bersidang pada 8 Februari 2010 telah memutuskan untuk mewujudkan PWS selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;
  • Mesyuarat MAIS Bil. 3/2010 yang bersidang pada 29 Jun 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan PWS di bawah peruntukan Seksyen 8, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;
  • Mesyuarat MAIS Bil. 4/2010 yang bersidang pada 5 Oktober 2010 telah bersetuju dengan cadangan perlantikan Pengerusi dan Pengurus Besar PWS; dan
  • Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada 11 Januari 2011 dan diwartakan pada 3 Februari 2011.

Fungsi PWS

  • Memberi nasihat kepada Majlis berkenaan dengan dasar, cara, langkah yang perlu dilaksanakan dan diambil untuk menggalakkan pembangunan harta dan produk wakaf;
  • Melaksanakan dan memberi kesan kepada apa-apa dasar, arahan atau perintah Majlis berkenaan dengan pembangunan harta dan produk wakaf;
  • Membangun, menerimapakai dan melaksanakan dasar, cara dan langkah mengenai pembangunan harta dan produk wakaf;
  • Bertindak sebagai agensi penyelaras di dalam pelaksanaan kemajuan pembangunan harta dan produk wakaf secara pesat;
  • Merancang, membangun, melaksana dan menggalakkan pembangunan dan pelaksanaan harta dan produk wakaf;
  • Mengurus dan menjalankan pengendalian serta penyelenggaraan harta wakaf termasuk kemudahan, infrastruktur, tempat dan alat di kawasan harta wakaf tersebut; dan
  • Menggalakkan, menyelaraskan dan melaksanakan kajian serta pembangunan di dalam semua aspek harta dan produk wakaf.

Piagam Pelanggan

Kami warga kerja PWS akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan professional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan. Bagi mencapai matlamat tersebut, kami berjanji:-

  • Memastikan setiap pelanggan mendapat layanan dan perkhidmatan dalam tempoh lima belas (15) minit;
  • Memastikan setiap aduan yang diterima diberi maklumbalas atau diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
  • Memastikan resit dikeluarkan kepada pelanggan bagi setiap terimaan wang di PWS; 
  • Memastikan permohonan sewaan hartanah wakaf diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima; 
  • Melaksanakan lawatan periksa tapak dan sijil tuntutan bayaran kerja-kerja yang telah dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja oleh Bahagian Penyelidikan dan Pelaburan sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk pembayaran; 
  • Memastikan pembayaran diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan bayaran di Bahagian Kewangan tertakluk kepada kelulusan serta dokumen sokongan yang lengkap dan teratur; 
  • Memastikan permohonan wakaf khas diproses dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima; dan 
  • Memaklumkan kepada pewakaf kelulusan pindahmilik hartanah kepada nama MAIS dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

KEWAJIPAN PELANGGAN

Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan PWS melaksanakan Piagam ini dengan berkesan:-

  • Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai; dan
  • Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Logo PWS

Tafsiran

Warna Merah Merah sebagai lambang berani, berdayamaju, kreatif dan semangat yang sentiasa membara dalam melaksanakan tugasan atau amanah yang diberikan.


Tulisan Khat Kufi Ia merupakan sejenis seni khat khufi. Seninya yang sebegitu rupa menunjukkan moden, mantap dan dinamik. ini memberi reflek kepada institusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang bersaing secara kompetetif di era moden, disamping pengurusannya yang mantap dan dinamik dalam membangunkan harta wakaf ke peringkat yang lebih tinggi.


Perkataan "wakaf" dalam jawi PWS ingin memartabatkan tulisan jawi dan memperkenalkan instrumen wakaf ini ke peringkat yang lebih tinggi, bukan setakat di Selangor sahaja, bahkan di peringkat Malaysia khususnya dan peringkat antarabangsa amnya.


Perkataan "Perbadanan Wakaf Selangor" dalam rumi Perkataan "Perbadanan Wakaf Selangor" dalam rumi ini sebagai pengenalan kepada umum bahawa PWS adalah sebuah entiti yang pertama di Malaysia menguruskan harta wakaf secara professional.