Soal Jawab Wakaf

Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

SHAH ALAM - 22 Januari 2018, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat pengerusi MAIS, Y.A.D. Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi. Delegasi PWS ini telah diketuai oleh Y.A.D. Dato’ Setia Ramli Mahmud, Pengerusi PWS serta diiringi oleh Y. Bhg. Dato’ Mohammad Yacob, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan Y. Bhg. Ustaz Haji Anuar Hamzah Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

 


Dalam sesi kunjungan hormat ini, Pengerusi PWS mewakili keseluruhan warga kerja PWS untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi MAIS yang baharu. Selain itu, Pengerusi PWS juga telah memaklumkan prestasi PWS bagi tahun 2011 - 2017 disamping perancangan PWS bagi tahun 2018 - 2020. Dikesempatan itu juga, Pengerusi PWS memaklumkan hasrat PWS untuk menjadi sebuah institusi unggul yang bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan aset wakaf dengan lebih efisien dan ekonomik.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan penyerahan cenderamata daripada PWS kepada Y.A.D. Dato’ Setia Pengerusi MAIS. PWS amat berharap kunjungan hormat yang dilaksanakan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam pelbagai urusan demi penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.