Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

SUNGAI BULOH - 19 Jun 2017, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah berkunjung ke syarikat Daikin Malaysia Sdn. Bhd. untuk bertemu dengan wakil Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Islam Daikin. Rombongan ini telah diketuai oleh Puan Nawal Ashiqin binti Abdul Rahman, Penolong Eksekutif Pemasaran dan Dakwah (Korporat) dan En. Mohd Sabri bin Saleh. Pertemuan ini juga telah disambut oleh Tuan Kamal Ariffin bin Kamaruzzaman, Eksekutif Sumber Manusia Daikin (M) Sdn. Bhd. dan merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Badan Islam Syarikat Daikin (M) Sdn. Bhd.

 


Matlamat kunjungan PWS adalah untuk mempromosikan produk-produk Wakaf kepada warga kerja Daikin. Tambahan pula, PWS juga mencadangkan untuk mengadakan program bersama dengan Badan Kebajikan Islam Daikin dalam mengisi slot pengisian rohani sama ada selepas waktu dhuha atau sebagai tetamu jemputan penceramah.

Hasil pertemuan tersebut telah memberikan respon yang baik iaitu PWS diberi peluang untuk membuka kaunter Saham Wakaf Selangor (SWS) pada waktu rehat secara berkala dan pihak Daikin juga akan menghebahkan maklumat tentang produk wakaf melalui emel warga kerja Daikin.

Sehubungan dengan itu, PWS amat berharap kunjungan ini dapat memberikan manfaat kepada Daikin Malaysia Sdn. Bhd. dan contoh tauladan agensi swasta yang lain. Sekiranya terdapat agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain berminat untuk dapatkan maklumat dan keterangan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran dan Dakwah (Korporat) ditalian 03-5518 8001 atau emailkan kepada nawal@wakafselangor.gov.my dan sabri@wakafselangor.gov.my.