Kakitangan PWS

Open Panel

Search Our Site

SHAH ALAM - Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah berkunjung ke Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kunjungan ini telah diketuai oleh Dato’ Mohammad bin Yacob, Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta diiringi oleh 2 orang pegawai PWS dan seorang Penasihat Undang-undang MAIS.

 


Tujuan kunjungan tersebut adalah merupakan sesi pertukaran pendapat berkenaan dengan isu dan perkembangan terkini aktiviti wakaf di Negeri Selangor.

Hasil kunjungan tersebut PWS amat berharap ianya mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan contoh tauladan kepada Agensi Kerajaan khususnya di Negeri Selangor demi memartabatkan Institusi Wakaf sebagai penggerak pembangunan ekonomi ummah.